Monday, July 22, 2013

highschoolmoments:D photobooth

High School Memories

Sampai sekarang kalau orang tanya apa saat paling aku nak ulang balik aku akan jawab zaman sekolah menengah. Sampai pernah ada orang mengumpat aku pasal aku kat u still cerita pasal sekolah. Haha. Bak kata Fynn Jamal, peduli orang kata. Dah memang aku suka life masa tu sebab tu la aku tak boleh lupa semua kenangan.

Aku habiskan masa remaja aku 5 tahun membesar kat sekolah berasrama penuh which had taught me A LOT of things. Sekolah tak la top mana kan SEMESTA. sapa tahu tahu la. Sapa tak tahu tak payah tahu la. haha. Okay seriously sweet memories ada bitter memories pun ada.

The main reason aku dok asyik teringat pasal high school sebab ada geng yang betul2 memahami aku. Yang aku tak payah kaver kaver control control. Dengan dorang bila aku ada masalah aku boleh cerita random je kat sape2 dalam geng tu. Tapi sekarang kalau ada problem aku takkan cerita kat semua. Aku akan pilih2 orang. Sampaikan kat sekolah dulu satu geng aku tahu kalau aku ada masalah keluarga sebab aku terlalu selesa dengan dorang. Kadang2 rasa macam lebih rapat dengan kawan berbanding family sepanjang 5 tahun tu. haha. Tapi bila masuk u kak ngah aku pesan jangan mudah cerita hal peribadi kat kawan2.

Okay now aku takkan cerita pasal benda baik dari segi akademik yang aku belajar kat SEMESTA sebab aku kat sana belajar main main sampai la SPM baru la struggle sikit. HOHO. Walaupun aku tak berapa suka sangat dengan sekolah aku ni, tapi still ada benda lain yang dia ajar bagus secara tak langsung contohnya dalam membentuk personaliti individu. *ayat standard cikgu kaunseling*. 

Aku tak tahu kat orang lain tapi kat diri aku aku jadi lebih semangat setiakawan *background music lagu sahabat upin & ipin* . Macam backup membe bila kantoi dengan warden, buat plan jahat and tanggung sesama. Satu lagi yang betul2 bagus adalah kita akan jadi seorang yang tak kedekut. Sebanarnya memang tak de chance pun  nak jadi kedekut. Stok makanan limited jadi sapa yang ada makanan walau sebesar zarah pun kene akikah ramai2. *hiperbola* Kau memang takde chance nak sorokkan lagi pun aku and kawan2 aku jenis locker tak kunci haha. Paling teruk jadi mangsa stok makanan aku rasa roomate aku, Pingu sbb aku ngn Ummul selalu paw food dengan stok air mineral dia

So salah satu method utk aku hilangkan sikit kerinduan kat sekolah menengah adalah dengan keep in touch dengan geng2 dulu. Macam sekarang kami ada whatsapp and wechat geng. Sebabnya fb dah jarang nak bukak and fb batch kami hanyalah diconquer oleh geng geng famous sahaja. LOL. Lagi satu aku follow twitter @twitasrama *if im not mistaken la nama twithandle dia* sebab mostly tweet dia mengimbau zaman asrama yang best gila. Okay tu jelah untuk kali ni. Aku tak pandai blogging and well, this is my very first post, sorry kalau kurang menarik. Adios~